Wednesday, February 14, 2007
PERUBAHAN ASPEK BIOLOGIKAL DAN FISIOLOGIKAL DEWASA AKHIR
Perkembangan manusia mulai menurun pada tahap dewasa akhir. Pada tahap inilah fungsi biologikal serta fisiologikal manusia menjadi lemah yang disebabkan proses penuaan. Akibatnya, daya ketahanan manusia terhadap persekitaran dan penyakit semakin berkurangan. Majoriti dikalangan mereka akan mengalami kesukaran dalam menjalani aktiviti fizikal sehingga memerlukan bantuan insan lain manakala sebahagian daripada mereka pula mengalami penyakit kronik seperti kanser, parkinson dan aizheimer.
KETIDAKUPAYAAN FIZIKAL
Pada akhir dewasa, perubahan fizikal manusia akan berubah. Hal ini termasuk juga perubahan pada sistem deria, gangguan sistem pernafasan serta organ-organ dalaman.
Punca ketidakupayaan fizikal
Ketidakpayaan fizikal pada akhir dewasa berkait rapat dengan faktor keturunan, sikap, tingkahlaku dan persekitaran. faktor keturunan memainkan perana penting. Kajian menunjukkan mereka yang bertubuh badan kecil dapat hidup lebih lama berbanding mereka yang bertubuh besar. Selain itu, cara hidup seperti diet yang salah, emosi stress, bekerja secara berlebihan, malas serta trauma pada usia muda juga akan menyebabkan ketidakupayaan fizikal pada usia tua. Kelenjar endokrin juga memainkan peranan yang berkesan dalam menentukan perbezaan perubahan fizikal pada usia tua. Terdapat penurunan yang ketara dalam pengeluaran hormon oleh kelenjar pituitari, adrenal dan tiroid.
Perubahan dalaman
Tulang akan mengeras akibat kekurangan mineral dalam tulang. Akibat dari perubahan ini, tulang akan rapuh dan perlahan dalam pemulihan semula apabila ia patah. Kerapuhan tulang ini banyal berpunca disebabkan perubahan endokrin, kekurangan aktiviti dan kehilangan otot berbanding tahap nutrisi individu tersebut.
Pendengaran
Orang tua sukar nada-nada bunyi yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh kehilangan fungsi vestibular. Keadaan ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pendengaran berbanding respon ketika berbual yang mengakibatkan mereka menyalahkan orang lain 'berbisik' sewaktu berbual dengan mereka,
Penglihatan
Kajian di Amerika mendapati 40% sampel lelaki dan 60% sampel perempuan berusia lebih 60 tahun mempunyai daya penglihatan yang lemah. Kanta mata mula menjadi kurang kenyal menyebabkab objek yang dilihat oleh mereka menjadi kabur. Hal ini disebabkan oleh otot2 ciliri dibahagian mata mula tidak dapat mengawal cahaya yang menembusi mata mereka. Kepekaan mereka terhadap mata juga semakin berkurangan disebabkan kanta mata mereka telah mula bewarna kuning.
Rasa
Perubahan terhadap deria rasa jelas ditunjukkan oleh individu apabila sudah beranjak pada usia 60-an. Perubahan pada deria rasa banyak dikatkan terhadap kemerosotan jumlah saraf pada lidah. Selain itu, kemerosotan terhadap deria bau juga menjadi punca kepada kemerosotan deria rasa.
Sentuhan
sebagai impak dari kekeringan dan pengerasan kulit sewaktu akhir dewasa, deria rasa semakin kurang sensitif. Tubuh juga tidak dapat bertahan pada suhu yang eksterm sama ada sejuk atau panas disebabkab kemerosotan kapilari dan kelenjar peluh pada kulit. Secara keseluruhannya, orang tua lebih banyak merasai sejuk berbanding panas.
PENYAKIT
Apabila tua, daya ketahanan diri terhadap penyakit menjadi semakin berkurangan. Pada waktu inilah pelbagai penyakit akan timbul pada diri manusia. Antara penyakit dominan yang menyerang tubuh pada akhir dewasa adalah penyakit parkinson dan aizheimer.
Parkinson
Parkinson adalah gangguan pergerakan akibat kerosakan sel otak sehingga menjejaskan penghasilan bahan biokimia dopamin yang bertanggungjawab dalam proses koordinasi pergerakan anggota badan. Akibatnya, pesakit akan mengalami masalah pergerakan perlahan, menggeletar teruk atau kekejangan otot. Bukan semua pesakit akan mengalami masalah menggeletar keterlaluan kerana ada yang diserang kekejangan otot sehingga tidak boleh berjalan.Serangan Parkinson biasanya bermula pada sebelah badan yang kemudian merebak ke sebelah lagi. Gejalanya pelbagai. Ada yang menggeletar tangan atau kaki, badan kaku atau bongkok, pergerakan menjadi lambat, wajah tidak beremosi, sukar bertutur serta hilang kemampuan untuk seimbangkan badan.
Aizheimer
lzheimer atau nyanyuk menyebabkan semua fungsi otak, terutama daya ingatan seseorang, merosot. Antara puncanya ialah peningkatan usia, keturunan, latar belakang pendidikan yang rendah, jantina dan penyakit lain seperti strok. Penyakit ini juga bukan saja boleh menyebabkan pesakit lupa tetapi turut menjejaskan daya intelek, kebolehan berfikir secara logik dan pada peringkat teruk mereka turut kehilangan keupayaan berinteraksi atau memahami perkataan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
the picture is very nice
Post a Comment