Monday, February 5, 2007

DEWASA AKHIR YANG MENJADI PEMINT A SEDEKAH

Sejak kebelakangan ini, sering kita lihat dewasa akhir dibiarkan oleh anak-anak. Namun, lebih menyedihkan lagi golongan warga emas ini sering berkeliaran di bandar-bandar besar. Mereka berkeliaran bukan kerana mahu bersiar-siar, sebaliknya mereka menjadi peminta sedekah. Situasi ini amat menyedihkan kita. Nasib mereka tidak terbela dan pasti pelbagai soalan akan timbul difikiran kita. Warga emas ini seumpama tidak mempunyai keluarga dan anak-anak yang boleh menjaga kebajikan mereka. Golongan warga emas ini sepatutnya berada dirumah dan berehat, tetapi sebaliknya meminta sedekah dengan keadaan uzur dan sakit di sekitar bandar dan pekan-pekan kecil. Masalah ini harus dibendung segera kerana berkemungkinan akan berlaku perkara yang tidak diingini seperni paksaan untuk meminta sedekah oleh orang yang lain. Jesteru itu, isu golongan warga tua yang menjadi peminta sedekah harus dipandanag serius agar nasib mereka akan terbela kelak.

No comments: