1- Sudah baligh
2- Berumur 21 tahun ke atas
AKHIR :
1- Terkemudian sekali, penghabisan
2- Yang diadakan terkemudian sekali ( sebagai penamat )
( Kamus Dewan Bahasa edisi 4 )
DEWASA AKHIR
Andainya individu dipanjangkan umurnya,berkesempatan ia untuk melalui tahap terakhir dalam pusingan kehidupan manusia iaitu apabila dapat berada di tahap lanjut usia atau di Malaysia lebih dikenali sebagai "usia emas". Di Jepun, orang tua mereka didapati mempunyai umur hayat yang lebih panjang berbanding dengan masyarakat lanjut usia di negara-negara lain. Mungkin ini berlaku kerana pelbagai faktor yang ada.
Dalam kebanyakan masyarakat menjadi tua membawa pelbagai konotasi negatif. Seperti mana dengan konsep kematian, umur tua kadang kala menjadi taboo. Dalam masyarakat yang mengamalkan sikap positif seperti penyayang, usia tua disenangi oleh majoriti ahli masyarakat dan orang-orang tua dan mereka dikenali dengan panggilan tuawan, lanjut usia, warga tua(senior citizens), tahap umur keemasan (golden-agers), tahap umur menuai (harvest years) dan sebagainya.
Ahli psikologi perkembangan yang mengkhusus dalam bidang tahap lanjut usia ini akan mempelajari bidang ilmu gerontologi. Bidang ilmu gerontologi khusus mengkaji proses penuaan. Dalam kajian bidang ilmu ini, didapati kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang telah meninggikan atau meningkatkan kualiti kehidupan manusia menyebabkan umur hayat manusia menjadi bertambah panjang dan lain-lain lagi.
Terdapat pelbagai definisi untuk tahap lanjut usia. Berpandukan kepada tahap umur, tahap lanjut usia dapat dibahagikan kepada tiga sub-tahap iaitu:
1) Tahap awal tua bermula daripada 53 hingga 63 tahun.
2) Tahap pertengahan tua bermula daripada 65 hingga 70 tahun dan
3) Tahap tua sebenar apabila individu berusia daripada 70 tahun ke atas
Walaubagaimanapun, dewasa akhir selalunya dikira daripada umur 65 tahun ke atas.
Lugo dan Hershey (1997) pula ada mendefinisikan tahap lanjut usia atau dewasa akhir ini kepada beberapa kriteria merujuk kepada aspek tertentu iaitu pertumbuhan dan perkembangan fizikal, kognitif dan emosi serta emosi. Perkara-perkara tersebut akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam ruangan ini.
"kesulitan akan bertambah jika dihitung,
tetapi akan lenyap jika ia tidak dipedulikan"
-ImamMalik
"kesulitan akan bertambah jika dihitung,
tetapi akan lenyap jika ia tidak dipedulikan"
-ImamMalik