Monday, April 2, 2007
Sunday, March 11, 2007
SAJAK
Tiada dulu.....tiadalah kini,
Pengalamanmu.....inspirasi kami
Kisahmu, menjadi teladan generasi
Tongkatmu
menjadi peunjuk laluan anak ini
Kejayaanmu....kabanggaan kami
Asam garam kehidupan
Telah mu lalui
Nasihat & ajaranmu
Banyak memberi erti
Menjadi sempadan dan tauladan kini
Laluan kehidupanmu
Suka duka ranting pepohon ini
Mempunyai nilai astestika sendiri
Sememang dan setulusnya
Sukar dicari ganti
Denagn wang atau maruah diri
Kejayaanmu
Menjadi inspirasi anak merdeka kini
Wahai rakan wahai taulan
Jangan sisihkan 'kekasih' klasik ini
Yang patut dihormati lagi disayangi
Taburlah budi
Taburlah bakti
Untuk sama kasih mengasihi
"Banyak diam tidak semestinya bodoh,
banyak cakap tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran.
org cerdik yang pendiam itu lebih baik
dari orang bodoh yang banyak cakap"
Pengalamanmu.....inspirasi kami
Kisahmu, menjadi teladan generasi
Tongkatmu
menjadi peunjuk laluan anak ini
Kejayaanmu....kabanggaan kami
Asam garam kehidupan
Telah mu lalui
Nasihat & ajaranmu
Banyak memberi erti
Menjadi sempadan dan tauladan kini
Laluan kehidupanmu
Suka duka ranting pepohon ini
Mempunyai nilai astestika sendiri
Sememang dan setulusnya
Sukar dicari ganti
Denagn wang atau maruah diri
Kejayaanmu
Menjadi inspirasi anak merdeka kini
Wahai rakan wahai taulan
Jangan sisihkan 'kekasih' klasik ini
Yang patut dihormati lagi disayangi
Taburlah budi
Taburlah bakti
Untuk sama kasih mengasihi
"Banyak diam tidak semestinya bodoh,
banyak cakap tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran.
org cerdik yang pendiam itu lebih baik
dari orang bodoh yang banyak cakap"
Thursday, February 15, 2007
Pengenalan
DEWASA:
1- Sudah baligh
2- Berumur 21 tahun ke atas
AKHIR :
1- Terkemudian sekali, penghabisan
2- Yang diadakan terkemudian sekali ( sebagai penamat )
( Kamus Dewan Bahasa edisi 4 )
DEWASA AKHIR
Dalam kebanyakan masyarakat menjadi tua membawa pelbagai konotasi negatif. Seperti mana dengan konsep kematian, umur tua kadang kala menjadi taboo. Dalam masyarakat yang mengamalkan sikap positif seperti penyayang, usia tua disenangi oleh majoriti ahli masyarakat dan orang-orang tua dan mereka dikenali dengan panggilan tuawan, lanjut usia, warga tua(senior citizens), tahap umur keemasan (golden-agers), tahap umur menuai (harvest years) dan sebagainya.

Andainya individu dipanjangkan umurnya,berkesempatan ia untuk melalui tahap terakhir dalam pusingan kehidupan manusia iaitu apabila dapat berada di tahap lanjut usia atau di Malaysia lebih dikenali sebagai "usia emas". Di Jepun, orang tua mereka didapati mempunyai umur hayat yang lebih panjang berbanding dengan masyarakat lanjut usia di negara-negara lain. Mungkin ini berlaku kerana pelbagai faktor yang ada.
Dalam kebanyakan masyarakat menjadi tua membawa pelbagai konotasi negatif. Seperti mana dengan konsep kematian, umur tua kadang kala menjadi taboo. Dalam masyarakat yang mengamalkan sikap positif seperti penyayang, usia tua disenangi oleh majoriti ahli masyarakat dan orang-orang tua dan mereka dikenali dengan panggilan tuawan, lanjut usia, warga tua(senior citizens), tahap umur keemasan (golden-agers), tahap umur menuai (harvest years) dan sebagainya.
Ahli psikologi perkembangan yang mengkhusus dalam bidang tahap lanjut usia ini akan mempelajari bidang ilmu gerontologi. Bidang ilmu gerontologi khusus mengkaji proses penuaan. Dalam kajian bidang ilmu ini, didapati kemajuan yang dicapai dalam pelbagai bidang telah meninggikan atau meningkatkan kualiti kehidupan manusia menyebabkan umur hayat manusia menjadi bertambah panjang dan lain-lain lagi.
Terdapat pelbagai definisi untuk tahap lanjut usia. Berpandukan kepada tahap umur, tahap lanjut usia dapat dibahagikan kepada tiga sub-tahap iaitu:
1) Tahap awal tua bermula daripada 53 hingga 63 tahun.
2) Tahap pertengahan tua bermula daripada 65 hingga 70 tahun dan
3) Tahap tua sebenar apabila individu berusia daripada 70 tahun ke atas
Walaubagaimanapun, dewasa akhir selalunya dikira daripada umur 65 tahun ke atas.
Lugo dan Hershey (1997) pula ada mendefinisikan tahap lanjut usia atau dewasa akhir ini kepada beberapa kriteria merujuk kepada aspek tertentu iaitu pertumbuhan dan perkembangan fizikal, kognitif dan emosi serta emosi. Perkara-perkara tersebut akan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam ruangan ini.
"kesulitan akan bertambah jika dihitung,
tetapi akan lenyap jika ia tidak dipedulikan"
-ImamMalik

Wednesday, February 14, 2007
PERUBAHAN ASPEK BIOLOGIKAL DAN FISIOLOGIKAL DEWASA AKHIR
Perkembangan manusia mulai menurun pada tahap dewasa akhir. Pada tahap inilah fungsi biologikal serta fisiologikal manusia menjadi lemah yang disebabkan proses penuaan. Akibatnya, daya ketahanan manusia terhadap persekitaran dan penyakit semakin berkurangan. Majoriti dikalangan mereka akan mengalami kesukaran dalam menjalani aktiviti fizikal sehingga memerlukan bantuan insan lain manakala sebahagian daripada mereka pula mengalami penyakit kronik seperti kanser, parkinson dan aizheimer.
KETIDAKUPAYAAN FIZIKAL
Pada akhir dewasa, perubahan fizikal manusia akan berubah. Hal ini termasuk juga perubahan pada sistem deria, gangguan sistem pernafasan serta organ-organ dalaman.
Punca ketidakupayaan fizikal
Ketidakpayaan fizikal pada akhir dewasa berkait rapat dengan faktor keturunan, sikap, tingkahlaku dan persekitaran. faktor keturunan memainkan perana penting. Kajian menunjukkan mereka yang bertubuh badan kecil dapat hidup lebih lama berbanding mereka yang bertubuh besar. Selain itu, cara hidup seperti diet yang salah, emosi stress, bekerja secara berlebihan, malas serta trauma pada usia muda juga akan menyebabkan ketidakupayaan fizikal pada usia tua. Kelenjar endokrin juga memainkan peranan yang berkesan dalam menentukan perbezaan perubahan fizikal pada usia tua. Terdapat penurunan yang ketara dalam pengeluaran hormon oleh kelenjar pituitari, adrenal dan tiroid.
Perubahan dalaman
Tulang akan mengeras akibat kekurangan mineral dalam tulang. Akibat dari perubahan ini, tulang akan rapuh dan perlahan dalam pemulihan semula apabila ia patah. Kerapuhan tulang ini banyal berpunca disebabkan perubahan endokrin, kekurangan aktiviti dan kehilangan otot berbanding tahap nutrisi individu tersebut.
Pendengaran
Orang tua sukar nada-nada bunyi yang tinggi. Hal ini disebabkan oleh kehilangan fungsi vestibular. Keadaan ini menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pendengaran berbanding respon ketika berbual yang mengakibatkan mereka menyalahkan orang lain 'berbisik' sewaktu berbual dengan mereka,
Penglihatan
Kajian di Amerika mendapati 40% sampel lelaki dan 60% sampel perempuan berusia lebih 60 tahun mempunyai daya penglihatan yang lemah. Kanta mata mula menjadi kurang kenyal menyebabkab objek yang dilihat oleh mereka menjadi kabur. Hal ini disebabkan oleh otot2 ciliri dibahagian mata mula tidak dapat mengawal cahaya yang menembusi mata mereka. Kepekaan mereka terhadap mata juga semakin berkurangan disebabkan kanta mata mereka telah mula bewarna kuning.
Rasa
Perubahan terhadap deria rasa jelas ditunjukkan oleh individu apabila sudah beranjak pada usia 60-an. Perubahan pada deria rasa banyak dikatkan terhadap kemerosotan jumlah saraf pada lidah. Selain itu, kemerosotan terhadap deria bau juga menjadi punca kepada kemerosotan deria rasa.
Sentuhan
sebagai impak dari kekeringan dan pengerasan kulit sewaktu akhir dewasa, deria rasa semakin kurang sensitif. Tubuh juga tidak dapat bertahan pada suhu yang eksterm sama ada sejuk atau panas disebabkab kemerosotan kapilari dan kelenjar peluh pada kulit. Secara keseluruhannya, orang tua lebih banyak merasai sejuk berbanding panas.
PENYAKIT
Apabila tua, daya ketahanan diri terhadap penyakit menjadi semakin berkurangan. Pada waktu inilah pelbagai penyakit akan timbul pada diri manusia. Antara penyakit dominan yang menyerang tubuh pada akhir dewasa adalah penyakit parkinson dan aizheimer.
Parkinson
Parkinson adalah gangguan pergerakan akibat kerosakan sel otak sehingga menjejaskan penghasilan bahan biokimia dopamin yang bertanggungjawab dalam proses koordinasi pergerakan anggota badan. Akibatnya, pesakit akan mengalami masalah pergerakan perlahan, menggeletar teruk atau kekejangan otot. Bukan semua pesakit akan mengalami masalah menggeletar keterlaluan kerana ada yang diserang kekejangan otot sehingga tidak boleh berjalan.Serangan Parkinson biasanya bermula pada sebelah badan yang kemudian merebak ke sebelah lagi. Gejalanya pelbagai. Ada yang menggeletar tangan atau kaki, badan kaku atau bongkok, pergerakan menjadi lambat, wajah tidak beremosi, sukar bertutur serta hilang kemampuan untuk seimbangkan badan.
Aizheimer
lzheimer atau nyanyuk menyebabkan semua fungsi otak, terutama daya ingatan seseorang, merosot. Antara puncanya ialah peningkatan usia, keturunan, latar belakang pendidikan yang rendah, jantina dan penyakit lain seperti strok. Penyakit ini juga bukan saja boleh menyebabkan pesakit lupa tetapi turut menjejaskan daya intelek, kebolehan berfikir secara logik dan pada peringkat teruk mereka turut kehilangan keupayaan berinteraksi atau memahami perkataan.
Tuesday, February 13, 2007
Sosio-Emosi
Tidak dapat ditolak anggapan masyarakat umum bahawa individu yang berada di tahap dewasa akhir lebih banyak penyakit dan tidak kurang juga gangguan emosi. Antara gangguan emosi yang sering dihadapi ialah kemurungan atau depresi, reaksi parahoid, hipochondriasis, ingatan masa lampau. Terdapat juga faktor dari segi sosial, iaitu hubungan antara keluarga dan masyarakat.
i) Kemurungan
Reaksi kemurungan di tahap lanjut usia dapat diperhatikan jelas apabila mereka memperlihatkan perasaan dan tingkah laku bersedih hati yang ekstrim. Mereka yang dilanda murung tidak suka untuk mengadakan hubungan sosial, bersifat pessimis, mempunyai konsep-kendiri yang rendah, daya mental mereka menjadi begitu lemah sekali dan lain-lain gangguan fizikal. Dalam kajian-kajian yang dilakukan (umpama kajian Pfeiffer, 1970), didapati bahawa terdapat hubungan yang erat di antara perasaan kemurungan yang tinggi dan niat untuk membunuh diri di kalangan golongan lanjut usia. Individu lanjut usia yang dilanda kemurungan didapati sukar untuk membuat sesuatu keputusan walaupun berhubung dengan hal-hal yang terlalu mudah untuk diatasi. Pertuturan mereka menjadi lambat, begitu juga dengan pergerakan fizikal. Dari segi simpton fizikal, didapati mereka yang berada dalam keadaan kemurungan melaporkan mereka tidak lalu makan, berat badan menurun, keletihan yang keterlaluan terutama sekali di waktu pagi, sukar untuk tidur dan sering terjaga dalam tidur di waktu malam.
ii) Reaksi Paranoid
Individu lanjut usia yang dilanda kemurungan selalu juga mempunyai reaksi paranoid. Paranoid atau berperasangka tidak menentu dan berperasangka tidak baik terhadap orang lain ini selalunya berlaku di kalangan individu lanjut usia yagn mempunyai masalah-masalah berhubung dengan kepancainderaan. Mereka yang tidak dapat mendengar dengan baik, atau tidak dapat melihat dengan jelas atau berkurang daya perasa selalunya mempunyai reaksi paranoid. Masalah paranoid di kalangan masyarakat lanjut usia ini selalunya mudah untuk diatasi terutama sendiri reaksi paranoid yang berpunca daripada kehilangan daya kepancainderaan.
iii) Hipochondriasis
Hipochondriasis merupakan suatu contoh daripada kecelaruan kefungsian di kalangan individu lanjut usia yang banyak berlaku di kalangan kaum wanita daripada kaum lelaki. Hipochondriasis ialah tingkah laku dan sikap individu yang sering merasai mereka mempunyai penyakit tertentu, padahal dalam keadaan yang sebenarnya, mereka tidak mempunyai apa-apa masalah berhubung dengan penyakit yang dijangkakan itu. Pada umumnya mereka yang dilanda simpton hipochondriasis melaporkan mereka sentiasa berada dalam keadaan kesihatan yang tidak memuaskan, sakit dan perlukan rawatan yang intensif. Disebabkan gangguan ini, mereka sering kali berada dalam keadaan ketakutan dan ketegangan. Mereka yang menghadapi gangguan hipochondriasis selalunya terdiri daripada mereka yang terlalu mengambil berat tentang diri dan kesihatan badan. Mereka tidak dapat menerima kenyataan yang keupayaan fizikal dan biologikal mereka berubah apabila umur meningkat, telah terutama sekali apabila berada di tahap lanjut usia.
iv) Ingatan masa lampau
Individu yang berada di tahap dewasa akhir selalunya akan cuba mengingati masa lampau. Perkara yang mendatangkan kebahagiaan atau kejayaan pada masa lampau mereka. Ini akan membuat mereka rasa puas hati dan juga lega dalam mengharungi kehidupan ini. Contohnya kejayaan ialah mendapat pangkat yang tinggi dalam kerjayanya, dapat berbakti kepada masyarakat dan lain-lain lagi. Kebahagiaan yang dikecapi berkemungkinan ialah mendapat sebuah keluarga yang bahagia serta anak-anak yang cemerlang. Kisah masa lampau yang positif ini akan mendorong mereka untuk terus hidup dengan gembira, bahagia dan tidak rasa bersalah dengan apa yang telah dilakukan. Tetapi bagi perkara yang mendatangkan kesedihan, keburukan akan membuat mereka ini merasa tidak puas hati dan kecewa dengan kehidupan yang lalu. Kemungkinan besar mereka rasa rugi dengan apa yang telah dilakukan pada usia remaja dan dewasa. Antara kekecewaan yang boleh dilihat ialah melakukan maksiat, penceraian dan tidak berjaya dalam kerjayanya. Hal ini juga dinyatakan oleh tokoh psikologi iaitu Erik Erikson.
Keluarga dan masyarakat
Pada tahap dewasa akhir ini, golongan warga emas lebih bersikap sensitif. Keadaan ini dapat dilihat apabila emosi mereka mudah tersentuh walaupun hal yang diperkatakan tidak sebesar mana. Emosi yang sensitif menyebabkan mereka merasa bahawa anak-anak tidak senang dengan kehadiran mereka. Oleh itu, ada anak-anak yang boleh menerima keadaan ibu bapa mereka yang walaupun dalam keadaan yang membebankan. Tidak kurang juga anak-anak yang tidak sanggup menjaga ibu bapa mereka dengan alasan mereka tidak ada masa dan sibuk dengan kerjaya mereka untuk menguruskan kehidupan ibu bapa mereka. Hal ini boleh menyebabkan adanya di kalangan anak-anak yang sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua. Dengan anggapan bahawa ibu bapa mereka akan lebih terjaga dan selamat. Jika dilihat dari pandangan kaca mata orang, tindakan sesetengah anak-anak ini yang menghantarkan ibu bapa ke rumah orang tua adalah tindakan yang negatif. Hal ini ibarat kata pepatah "seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu".

FUNGSI KOGNITIF BAGI DEWASA AKHIR
PERDEBATAN TENTANG PENURUNAN INTELEKTUAL PADA MASA DEWASA AKHIR
Isu mengenai penurunan intelektual selama tahun-tahun pada masa dewasa akhir merupakan suatu hal yang provokatif (Santrock, 2004). Horn (1980) berpendapat bahawa beberapa kemampuan memang menurun, sementara kemampuan lainnya tidak. Horn menyatakan bahawa kecerdasan yang mengkristal (crystallized intelligence) iaitu sekumpulan informasi dan kemampuan-kemampuan verbal yang dimiliki oleh seseorang individu akan meningkat dan seiring dengan peningkatan usia. Sedangkan kecerdasan yang mengalir (fluid intelligence) iaitu kemampuan seseorang untuk berfikir secara abstrak akan menurun secara pasti sejak masa dewasa madya.
Schaie (1984) membuat penelitian longitudinal tentang hal tersebut dan mendapati bahawa ternyatanya tidak ditemukan oleh penurunan intelektual pada masa dewasa akhir, setidaknya sampai usia 70 tahun. Pada tahun 1994, Schaie membuat penelitian sekali lagi dan beliau mendapati bahawa penurunan di dalam kemampuan-kemampuan mental rata-rata dimulai pada usia 74 tahun.
Kecepatan memproses, mengingat, dan memecahkan masalah

Banyak kajian didapati bahawa kecepatan memproses informasi mengalami penurunan pada masa dewasa akhir. Penelitian lain membuktikan bahawa orang-orang dewasa lanjut kurang mampu mengingat kembali informasi yang telah disimpan dalam ingatannya.
Kecepatan memproses informasi secara pelan-pelan memang akan mengalami penurunan pada masa dewasa akhir, namun factor individual differences juga berperanan dalam hal ini. Nancy Denney (1986) menyatakan bahawa kebanyakan kes kemampuan mengingat dan memecahkan masalah untuk mengukur bagaimana orang-orang dewasa lanjut melakukan aktiviti-aktiviti yang abstrak atau sederhana. Denney menemukan bahawa percakapan untuk menyelesaikan masalah-masalah praktis, sebenarnya justeru meningkat pada usia 40-an dan 50-an. Pada penelitian lain, Denney juga menemukan bahawa individu pada usia 70-an tidak lebih teruk dalam pemecehan masalah-masalah praktis bila dibandingkan mereka yang berusia 20-an.
Pendidikan, Pekerjaan, dan Kesihatan Pada Dewasa Akhir
Pendidikan, pekerjaan dan kesihatan adalah 3 komponen penting yang berpengaruh terhadap fungsi kognitif individu berusia lanjut. Ketiga komponen ini juga merupakan faktor-faktor yang sangat penting untuk memahami bagaimana pengaruh kohort (kelompok umur) yang perlu dimasukkan dalam laporan ketika mempelajari fungsi kognitif dari orang-orang dewasa lanjut.
Pendidikan
Kemudahan pendidikan semakin meningkat sehingga generasi sekarang memiliki kesempatan untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik daripada generasi sebelumnya. Pengalaman-pengalaman di dunia pendidikan, ternyata berkorelasi positif dengan hasil skor pada kes-kes inteligensi dan tugas-tugas pengolahan informasi (ingatan). (Verhaegen, Marcoen & Goossens, 1993).
Di negara-negara maju, beberapa pengkaji masih berusaha untuk mengikuti pendidikan yang lebih tinggi. Alasan-alasan yang dikemukakan ialah: 1) ingin memahami sifat dasar penuaan yang dialaminya. 2) ingin mempelajari perubahan sosial dan teknologi yang dirasakan mempengaruhi kehidupannya. 3) ingin menemukan pengetahuan yang relevan dan mempelajari ketrampilan-ketrampilan yang relevan untuk mengantisipasi permintaan-permintaan masyarakat dan tuntutan pekerjaan, agar tetap dapat berkarier secara optimal dan mampu bersaing dengan generasi sesudahnya. 4) ingin mengisi masa lapang agar lebih bermanfaat, serta sebagai bekal untuk mengadakan penyesuaian diri dengan lebih baik pada masa persaraannya.
Pekerjaan
Searah dengan kemajuan teknologi, biasanya orang-orang dewasa akhir, sesuai dengan kompetensi yang dimiliki dan cenderung bekerja dengan jenis pekerjaan yang belum mengarah ke orientasi kognitif, seperti generasi sesudahnya. Hal ini mengakibatkan banyak tenaga dewasa akhir yang “harus” tersingkir daripada dunia kerja kerana tidak mampu lagi bersaing dengan generasi yang berikutnya.
Kesihatan
Kemudahan kesihatan pada masa kini jauh lebih baik berbanding dengan masa-masa sebelumnya, padahalnya daripada hasil penelitian, kondisi kesihatan berkorelasi positif dengan kemampuan intelektual individu. (Hultsch, Hammer & Small, 1993). Satu hasil penelitian yang menemukan bahawa hipertensi ternyata berkorelasi dengan berkurangnya performance pada kes WAIS pada individu berusia di atas 60 tahun. (Wilkie & Eisdorfer, 1971). Semakin tua, semakin banyak masalah kesihatan yang dihadapi oleh dewasa akhir. (Siegler & Costa, 1985). Jadi beberapa penurunan kemampuan intelektual yang telah ditemukan pada orang-orang dewasa lanjut mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang berkait dengan kesihatan daripada faktor usia semata.
Selain kemudahan kesihatan, gaya hidup individu juga berpengaruh terhadap kondisi kesihatan fiziknya. Pada satu penelitian telah ditemukan bahawa terdapat hubungan antara aktiviti olahraga dengan percakapan kognitif pada subjek pria dan wanita yang berusia antara 55-91 tahun. (Clarkson, Smith & Hartley, 1989). Orang-orang yang giat berolahraga memiliki kemampuan penalaran, ingatan dan waktu reaksi lebih baik daripada mereka yang kurang atau tidak pernah berolahraga. Penelitian berikutnya (Park, 1992; Stones & Kozman, 1989) menyetujui bahawa olah raga merupakan faktor penting untuk meningkatkan fungsi-fungsi kognitif pada orang dewasa lanjut. Yang harus diperhatikan dalam aktiviti berolahraga pada dewasa lanjut ini adalah pemilihan jenis olahraga yang akan dijalani, dan harus disesuaikan dengan usia subjek, dalam erti kondisi fizik individu. Oleh sebab itu, aktiviti berolahraga dianjurkan untuk selalu berkonsultasi dengan tenaga medis yang kompeten dalam masalah ini.

Wednesday, February 7, 2007
DEWASA AKHIR YANG BERMASALAH
Dewasa akhir yang bermasalah pada masa sekarang dapat dilihat dalam dada-dada akhbar dan media massa yang lain. Antara masalah yang berlaku ialah datuk merogol cucucnya sendiri, kes bunuh dan kecelaruan mental. Kes rogol cucu sendiri telah mengaibkan masyarakat kerana sepatutnya datuk perlu teladan yang baik kepada orang yang lebih muda tetapi sebaliknya pula yang berlaku kerana pengaruh persekitaran atau hidupnya sebelum ini boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain. Buktinya, orang tua ini kan berkeliaran dan mengganggu orang lain dan ketenteraman awam.
VARIASI DALAM KEPANJANGAN JANGKA MASA HIDUP DEWASA AKHIR
Keturunan Atau Baka (Heredity)
- Ada bukti yang menyatakan umur tua adalah dalam lingkungan keluarga kita sendiri
- Penyakit serius atau kronik boleh diwarisi atau terjadi kepada anggota kumpulan keluarga yang lain.
Bangsa ( Race )
- Bangsa kulit putih hidup lebih lama dalam bilangan lebih besar berbanding bukan kulit putih.
Persekitaran ( Environment )
Corak Keluarga ( Family Pattern )
- Kawasan sesebuah negara dan saiz komuniti yang didiami oleh individu mempengaruhi jangkamasa hidup seseorang
- Jangka hidup masyarakat urban atau bandar lebih baik berbanding luar bandar.
- Kadar kematian umur ke umur bagi mereka yang bujang dan orang yang telah bercerai adalah lebih ramai berbanding yang telah berkahwin
- Lelaki dan wanita dari keluarga besar, terutamanya yang paling tua dalam keluarga tersebut cenderung hidup lebih lama berbanding mereka yang berasal dari keluarga yang kecil atau ibubapa yang telah berumur atau tua. Hal ini kerana mereka belajar kemahiran penyesuaian yang telah menyagar mereka cara berhadapan dengan tekanan hidup yang lebih baik yang lahir kemudiannya dalam suasana keluarga besar.
Pendidikan
- Tahp pendidikan yang tinggiadalah peluang seseorang itu hidup lebih lama.
- Dalam perbandingan, tahap 'survival' di kolej, sekolah menengah dan sekolah rendah, didapati mereka yang berada di kolej secara puratanya hidup lebih lama berbanding individu yang mengakhiri pendidikan di sekolah menengan atau rendah.
Tuesday, February 6, 2007
DEWASA AKHIR YANG DITINGGALKAN
"Habis madu sepah dibuang" begitulah ungkapan yang dapat diberiakn kepada keadaan ini iaitu orang tua banyak ditempatkan di rumah orang tua. Anak mereka beranggapan bahawa meletakkan mereka di rumah ini lebih elok dan baik kepada mereka. Tetapi ini bukanlah jawapan yang terbaik bagi dewasa akhir ini. Sebenarnya mereka lebih gemar tinggal di rumah sendiri atau anak mereka yang menjaga mereka sehingga akhir hayat mereka, bukannya di rumah orang tua. Cubalah kita bayangkan apabila kita berada di tempat mereka, ditinggalkan di rumah orang tua tanpa belaian kasih sayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)